Friday, December 17, 2010

Menjadi Zombie Adalah Awesome.

Bulan lepas aku terlibat secara langsung (agaknya) dengan pementasan teater Serangan Zombie Pertama Di Malaysia. Teater yang dipentaskan di Pentas 2 , satu kawasan di Sentul Kuala Lumpur, Malaysia. Teater arahan pengarah-pengarah teater yang berpengalaman dan semua hasil seni mereka mendapat sambutan. 
Ye, aku jadi zombie. Zombie berpakaian pengakap. Kononnya aku dimakan/digigit oleh zombie ketika aku sedang berkhemah. 

Memang seronok jadi zombie ni. Tak perlu bercakap, tak perlu makan nasi, tak perlu keluarkan duit isi minyak dan tak perlu tengok buletin utama di tv3. Hanya perlu berjalan seperti zombie (cuba bayangkan) dan keluarkan bunyi-bunyi zombie sahaja. Jadi zombie ni hanya sekali seumur sehidup. Sekali seumur hidup pun belum tentu sebenarnya.

Tetapi di sini aku mahu bertanyakan atau mempersoalkan apa pandangan hangpa tentang zombie ni sebenarnya? Adakah ianya hantu? adakah ianya salah satu jenis penyamaran manusia? Adakah ianya salah satu daripada cabang fesyen? Atau adakah kita memang ditakdirkan untuk jadi zombie selepas ni? Apa jua bentuk pandangan hangpa, ianya takkan mengubah apa-apa. 

Bagi aku sendiri, apa yang aku nampak tentang zombie ni, ianya adalah satu satu jenis virus. Virus yang berjangkit dan boleh membuat orang yang dijangkiti virus ni terikut sama menjadi zombie. Seperti yang kita ketahui, virus adalah satu perkara yang serius dan sesiapa yang dijangkiti virus ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang teruk atau serius. Kalau boleh elak, kita elak la daripada dijangkiti. 

Dan apa kena mengena zombie (virus) ni dengan rakyat Malaysia?
Sedar tak? Sebenarnya rakyat Malaysia ni senang sangat dijangkiti dengan apa-apa jenis virus. Tak kiralah virus zombie ke , virus pedang naga ke, virus kerusi ajaib ke. Apa jua jenis virus la. 
Contohnya, kita digigit oleh zombie (pembawa virus) dan secara serta merta kita menjadi zombie. Dan lepas tu pula kita terpaksa gigit orang lain pula untuk sebarkan virus ni. Kita berharap orang lain menjadi zombie seperti kita. Cari kaum/kable la cerita dia. 

Permudahkan cerita. Zombie yang dianggap virus ni boleh dikatakan sama dengan benda-benda yang telah 'mengigit' minda-minda rakyat Malaysia. Bila minda-minda mereka ni 'digigit', secara serta merta kita terikut dengan perkara-perkara yang 'mengigit' kita. Sebagai contoh seperti perkara-perkara yang menular masuk dan 'menghasut' rakyat-rakyat Malaysia ni. Dah banyak sangat dah perkara-perkara yang kita boleh nampak. Perkara yang buruk lebih banyak masuk berbanding yang baik. Rakyat Malaysia pula boleh dikategorikan sebagai jenis manusia yang cepat 'dijangkiti' atau kata lainnya mudah taksub. Apa sahaja benda (virus) yang menular masuk, pasti ramai yang 'dijangkiti'. Pasti ramai yang terikut. Kenapa mudah sangat layu ni? Oh lupa, kita nak jadi one-of-them right? Kita taknak kena kutuk , jadi kita terpaksa ikut majoriti. Kita taknak dianggap tidak cool, kita terpaksa follow. Kita tak mahu digelar tak up-to-date , kita terpaksa ikutkan kehendak 'market'.


Sampai bila nak digigit virus? Sampai bila nak terus jadi zombie? Sudah tiba masanya jadi diri sendiri. 
Jangan sampai negara dipenuhi 'zombie'!



*nota kecil : 
Patut la penonton-penonton gelak je bila tengok zombie-zombie haritu. Takde perasaan takut langsung. Rela digigit agaknya.

Isu Colgate Kering (I - See - Dry)

Aku teringat kisah berkaitan rumah sewa ketika aku hendak gosok gigi sebulan lepas.

Kisahnya begini.
Semua orang (terutamanya remaja lingkungan 19-25 tahun) memang seronok sangat kalau dapat duduk rumah sewa. Tak kiralah ketika belajar di universiti, kolej dan sekolah pondok atau ketika bekerja sebagai ofis boy dan pekerja kilang separuh mahir. Asal dapat rumah sewa je mesti rasa diri sudah cukup independent. Katanya mahu belajar berdikari. Mahu lari daripada tanggungan ibu bapa. Tak mahu bebankan ibu bapa. Kononnya berfikir ; "kalau aku duk rumah sewa, aku mesti tak susahkan mak bapak aku dah. aku boleh cari kerja part-time. jual beger ke,tolong kedai makan ke". Tapi semua tu sebenarnya alasan monolog sahaja semata-mata nak sedapkan diri sendiri. Tetapi hakikatnya...lupakan pasal hakikat sebab semua orang tak pernah mengaku hakikatnya yang dia sendiri riwayatkan.

Okay, sambung cerita. Aku sendiri pernah duduk rumah sewa. Aku sendiri pernah cuba larikan diri daripada tanggungan ibu bapa. Ye, memang aku pernah cuba. Tetapi cubaan aku ada yang menjadi, ada yang hampir menjadi dan ada yang terjadi tanpa aku sendiri tak pernah terfikir untuk mencuba. Aku berani cakap, duduk rumah sewa sendiri ni memang ada ceritanya sendiri. Ceritanya semua sama dengan orang-orang lain. Kiranya kita yang duduk rumah sewa ni pasti berkongsi cerita yang sama. Contohnya si lelaki, bila dapat duduk rumah sewa je mesti akan terfikir perkara-perkara begini :

1) Boleh bawa masuk perempuan. (awek,bohsia atau rakan sekelas)
2) Boleh hisap dadah dengan bebas.
3) Boleh tidur atau bangun tidur sesuka hati.
4) Boleh keluar pergi mapley sesuka hati.
5) Boleh ada bilik sendiri. Bebas nak hias-hias bilik. (tampal poster Black Sabbath takde siapa marah)
6) Boleh jadi port salin motor curi.
7) Senang kawan-kawan dari jauh nak tumpang tidur.
8) Kalau balik lewat takde siapa boleh memekak.
9) Senang nak buat kerja atau assignment. (Yang ni tipu)
10) Lebih rajin membuat kerja. (Yang ni pun tipu)

Haaaa. Itu yang difikirkan oleh lelaki. Yang si perempuan pula selalunya berfikiran macam ni :

1) Senang boyfriend nak tumpang tidur (check-in) kalau motor rosak.
2) Boleh belajar memasak.
3) Boleh bela arnab,kucing atau hamster di rumah.
4) Boleh habiskan masa dengan menonton TV tanpa sebarang bebelan daripada emak.
5) Boleh merasa pakai seksi-seksi, dedah sana dedah sini.
6) Senang kekasih atau abang-abang askar nak hantar-ambil lewat malam.
7) Tak perlu dipaksa untuk buat kerja rumah seperti menyapu atau basuh pinggan.
8) Boleh tidur pakai bra dengan panties sahaja.
9) Senang nak buat kerja atau assignment. (Yang ni tipu)
10) Lebih rajin membuat kerja. (Tipu jugak)


Memang tak nafikan, memang ramai yang berfikiran macam ni sebenarnya bila dapat duduk rumah sewa. Bagi mereka yang berfikiran begitu, rumah sewa mereka ibaratkan seperti "syurga sementara". Tetapi sebenarnya aku bukannya nak bercerita pasal apa yang mereka fikirkan. Aku cuma nak bercerita tentang rakan-rakan serumah sewa atau housemates yang konon-kononnya kita anggap sekepala ni yang sebenarnya tidak sekepala. Aku cukup geram bila ada antara rakan serumah yang berperangai begini :

1) Hidup "atas angin". Semua benda nak free.
2) Kedekut.
3) Pemalas.
4) Busuk.
5) & mencuri.

Hoi! Kata rakan serumah, tapi perangai macam entah apa-apa ja. Sampaikan sanggup sorokkan makanan/perkakas mandi daripada rakan-rakan serumah yang lain. Bodoh.




*aku cuma nak tau sapa yang habiskan ni?*