Friday, December 17, 2010

Isu Colgate Kering (I - See - Dry)

Aku teringat kisah berkaitan rumah sewa ketika aku hendak gosok gigi sebulan lepas.

Kisahnya begini.
Semua orang (terutamanya remaja lingkungan 19-25 tahun) memang seronok sangat kalau dapat duduk rumah sewa. Tak kiralah ketika belajar di universiti, kolej dan sekolah pondok atau ketika bekerja sebagai ofis boy dan pekerja kilang separuh mahir. Asal dapat rumah sewa je mesti rasa diri sudah cukup independent. Katanya mahu belajar berdikari. Mahu lari daripada tanggungan ibu bapa. Tak mahu bebankan ibu bapa. Kononnya berfikir ; "kalau aku duk rumah sewa, aku mesti tak susahkan mak bapak aku dah. aku boleh cari kerja part-time. jual beger ke,tolong kedai makan ke". Tapi semua tu sebenarnya alasan monolog sahaja semata-mata nak sedapkan diri sendiri. Tetapi hakikatnya...lupakan pasal hakikat sebab semua orang tak pernah mengaku hakikatnya yang dia sendiri riwayatkan.

Okay, sambung cerita. Aku sendiri pernah duduk rumah sewa. Aku sendiri pernah cuba larikan diri daripada tanggungan ibu bapa. Ye, memang aku pernah cuba. Tetapi cubaan aku ada yang menjadi, ada yang hampir menjadi dan ada yang terjadi tanpa aku sendiri tak pernah terfikir untuk mencuba. Aku berani cakap, duduk rumah sewa sendiri ni memang ada ceritanya sendiri. Ceritanya semua sama dengan orang-orang lain. Kiranya kita yang duduk rumah sewa ni pasti berkongsi cerita yang sama. Contohnya si lelaki, bila dapat duduk rumah sewa je mesti akan terfikir perkara-perkara begini :

1) Boleh bawa masuk perempuan. (awek,bohsia atau rakan sekelas)
2) Boleh hisap dadah dengan bebas.
3) Boleh tidur atau bangun tidur sesuka hati.
4) Boleh keluar pergi mapley sesuka hati.
5) Boleh ada bilik sendiri. Bebas nak hias-hias bilik. (tampal poster Black Sabbath takde siapa marah)
6) Boleh jadi port salin motor curi.
7) Senang kawan-kawan dari jauh nak tumpang tidur.
8) Kalau balik lewat takde siapa boleh memekak.
9) Senang nak buat kerja atau assignment. (Yang ni tipu)
10) Lebih rajin membuat kerja. (Yang ni pun tipu)

Haaaa. Itu yang difikirkan oleh lelaki. Yang si perempuan pula selalunya berfikiran macam ni :

1) Senang boyfriend nak tumpang tidur (check-in) kalau motor rosak.
2) Boleh belajar memasak.
3) Boleh bela arnab,kucing atau hamster di rumah.
4) Boleh habiskan masa dengan menonton TV tanpa sebarang bebelan daripada emak.
5) Boleh merasa pakai seksi-seksi, dedah sana dedah sini.
6) Senang kekasih atau abang-abang askar nak hantar-ambil lewat malam.
7) Tak perlu dipaksa untuk buat kerja rumah seperti menyapu atau basuh pinggan.
8) Boleh tidur pakai bra dengan panties sahaja.
9) Senang nak buat kerja atau assignment. (Yang ni tipu)
10) Lebih rajin membuat kerja. (Tipu jugak)


Memang tak nafikan, memang ramai yang berfikiran macam ni sebenarnya bila dapat duduk rumah sewa. Bagi mereka yang berfikiran begitu, rumah sewa mereka ibaratkan seperti "syurga sementara". Tetapi sebenarnya aku bukannya nak bercerita pasal apa yang mereka fikirkan. Aku cuma nak bercerita tentang rakan-rakan serumah sewa atau housemates yang konon-kononnya kita anggap sekepala ni yang sebenarnya tidak sekepala. Aku cukup geram bila ada antara rakan serumah yang berperangai begini :

1) Hidup "atas angin". Semua benda nak free.
2) Kedekut.
3) Pemalas.
4) Busuk.
5) & mencuri.

Hoi! Kata rakan serumah, tapi perangai macam entah apa-apa ja. Sampaikan sanggup sorokkan makanan/perkakas mandi daripada rakan-rakan serumah yang lain. Bodoh.




*aku cuma nak tau sapa yang habiskan ni?*
   

No comments:

Post a Comment