Sunday, November 21, 2010

Apa rasanya lahir di Hospital Prince Court

"mama...boboy nak Playstation 3 sekarang jugak!!!!"


Lihatlah 'rintihan' menagih simpati si anak yang baru sahaja berumur 7 tahun!
Bagi depa semuanya nampak senang (memang la sbb mak bapak hang orang senang).
Sebagaimana mudahnya depa minta itu ini daripada mama dan papa depa , begitulah jua senangnya depa lupa diri dan tidak bersyukur dengan apa yang ada.


Memang seronok , seronok sangat-sangat kalau dapat dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya , berkemampuan dan boleh sediakan segala patut keperluan. Tetapi kenapa harus berlagak? Kenapa harus angkuh dengan harta pinjaman daripada mak bapak? Ehhh Toksah dok berlagak sangat la dengan harta mak bapak hang!!!

Kita tengok daripada yang sekecil-kecil umur hinggalah yang sudah berusia (tetapi belum belum bekerja dan berkahwin la).  Ada saja benda-benda atau perkara-perkara yang depa nak angkuhkan.


Dia duk sebok-sebok picit butang-butang playstation sendirian dirumah sedangkan rakan-rakan sebayanya bergembira sepak bola di padang bersama 10 rakan yang lain. Tak rasa bosan ke Boboy?


Dia duk sebuk-sebuk menyikat rambutnya berjam-jam dan bayangkan dirinya adalah Aoki Lee Simmons sedangkan rakan-rakan sebayanya tengah gembira bermain congkak dan batu seremban bersama-sama. Sudah-sudah la tu Shasha.


Ketika rakan-rakan sebayanya yang lain bertungkus lumus untuk mendapatkan sebiji motosikal Kriss 110 daripada ayahnya , dia ni dah terbayangkan yang papanya akan hadiahkan dia sebiji kereta Myvii (paling cikai) jika dia dapat habiskan SPM dengan apa jua keputusan. Asalkan tak hisap ganja dan minum arak. Padahal benda-benda tu lagi senang nak buat kalau kunci kereta dalam poket sendiri. Hang mmg bertuah la Daniel Bla Bla Bla.



Aku rasa benci dan sangat-sangat tak puas hati dengan 'kesempurnaan' yang depa-depa ni duk dapat. Tapi kalau depa balas dengan benda yang bagus takpa. Contohnya seperti SPM straight A dan haaa mak bapak selalunya nak tgk SPM je pun takpala. Ni kalau sorang-sorang duk tunggang langgang mati telanjang memang tak guna la kan. Haishhh




Rich kids are stupid atau dalam bahasa melayunya , Kanak-kanak kaya adalah bodoh!


p/s: You tak bodoh kalau You belanja I rokok sekotak hari-hari :)

1 comment: