Kisahnya begini. Pada hari Sabtu , hari yang biasa untuk dosakan mata dengan maksiat tanpa perbuatan aku berjalan-jalan untuk turut sama dosakan mata (aku terpaksa. takkan nak jalan pejam mata). Dan aku ternampak .....
Okay , dipendekkan cerita. Kita ambil lokasi di hadapan bangunan sebuah bank yang menggunakan kepala binatang sebagai lambang kemegahan. Aku ternampak (dan terdengar sebenarnya) segerombolan haiwan muda yang "berpakaian" terkini dan sensasi sedang rancang bersembang dan menipu antara satu sama lain. Kalau tak tipu tak rancaklah perbualan. Mereka terdiri daripada jantan , betina dan jantan dan betina. Kiranya tiada lelaki dan perempuan la di situ.
Aku bukannya sengaja nak curi-curi dengar perbualan mereka tu. Tapi aku terdengar , alang-alang terdengar aku teruskan sahaja la. Kalau tak teruskan kiranya aku telah mengkhianati peribahasa melayu yang berbunyi "Alang-alang menyeluk pekasam , biarlah sampai ke pangkal lengan" ye dok?
Lupakan pasal peribahasa sebab aku kurang dengan peribahasa sebenarnya. Terlampau double meaning hingga menyebabkan ramai remaja berusia 17 tahun separa gagal dalam kertas Bahasa Melayu dalam SPM.
Mula cerita semula. Aku terdengar salah seekor daripada segerombolan itu tiba-tiba bercakap
"eh kucing , lu tgk tu dowhhh beruk tu. dah macam apa dah gayanya. menyampah gua tgk"
Daripada suaranya aku pasti yang bercakap tu adalah seekor kambing. Ya , memang sahih itu kambing.
Tiba-tiba dengan slumbernya si kucing itu membalas ..
"hekellaaaa lu gajah..kecoh laa. tu bukan beruk laa. tu ayam la. tgk gaya rambutnya dah tau. haa yang tgh jalan senget-senget sambil pakai topi tu plak cengkerik. yang lentik tu plak burung merak"
Kata si kucing itu sambil menuding jari ke arah seekor kerbau , seekor panda dan seekor burung merak! Ya , kalau bab-bab mengghairahkan memang kita cepat kenal.
Si kambing a.k.a gajah itu terkebil-kebil sambil menggaru-garu kepalanya yang penuh dengan kelemumur kering. Dia masih tak puas hati. Lantas dia terus tanya direct kepada si kucing itu.
"ehh lu ni biar betul? apsal gua nampak macam bukan ayam dan cengkerik la. tapi yang burung merak tu gua kenal la. gua pernah adjust tapi tak dapat. habis tu kiterrr ni apee dowwhh? lu ni apee? gua ni apee?"
Nada kambing a.k.a gajah itu agak tinggi tapi tak berapa nak tinggi sebab dia tau dia bukannya ketua kumpulan gerombolan tu.
Si kucing tu terasa tercabar dengan soalan-soalan si kambing a.k.a gajah itu tadi. Lantas dia bangun dan membetulkan tali sneakers original made in uptownnya. Dia lantas menjawab...
"luu ni mmg bangang leee. kitee ni geng-geng gagak. aku ni buaya. lu tu plak harimau. takkan laa gua tak kenal kan. gua ni orang lama tau. knowledge gua banyak dowwhhhh..kah kah kahhh"
Terdengar gelak tawa berdekah-dekah oleh si .... entah la. aku sendiri tak pasti sebenarnya dia ni. Tapi gaya macam manusia sama macam aku sebenarnya. Gelak tawa itu disambut dengan penuh gemilang oleh rakan-rakannya yang lain yang turut sama tidak mengenal diri sendiri!
Wahai pemuda harapan nusa dan bangsa. Bangunlah. Celikkanlah matamu itu. Hentikanlah sifat suka menilai orang dan me-label orang tak tentu pasal. Hang sendiri tak kenal diri hang sendiri tapi sibuk-sibuk nak menilai dan me-label orang lain. Sampai bila? Cuba bagitau aku , sampai bila? Bagi hangpa semua , orang asing yang bukannya teman anda adalah jijik dan kotor di mata anda. Tetapi sebenarnya begitulah juga sebaliknya yang difikirkan oleh orang-orang asing itu. Cukuplah!
Lebih baik pejamkan mata , pekakkan telinga dan hanya bersenyum bila nampak perkara yang asing bagi anda. Jangan sampai binatang dan pokok pula yang menilai kita!
aku paakai cermin mata. tp slalu tk jmpa. lily amik tgl dlm keta. dia pun suka binatang. heheh.
ReplyDeletesekurang-kurangnya lily tak berperangai macam binatang.
ReplyDeleteTruth. Kenapa Ular takde dalam watak bukan Ular tuh berbisa ke. ssssss *ok tetibe
ReplyDeleteSbb kadang-kadang ular ni lebih byk luangkan masa sendirian la. Pernah tgk ular berkawan dengan arnab? tak pernah kan?
ReplyDeleteTapi jaga-jaga, ular berbisa. Sebisa kata-kata