Sunday, November 21, 2010

Lawak mengikut negeri.

Sememangnya negara Malaysia negara yang aman. Nampak saja aman tapi hakikatnya hampas. Aman dari segi mana? Haa itu abang-abang kerajaan saja yang tahu.

Rasa-rasanya Malaysia sahaja satu-satunya negara yang menggunakan 1 bahasa (bahasa ibunda , Bahasa Melayu) tetapi ada pelbagai loghat. Tak kiralah loghat yang bagaimana atau dari mana datangnya loghat tu. Setiap negeri di dalam negara Malaysia ni ada loghatnya yang tersendiri. Ambil sebagai contoh , Kedah dengan loghatnya "weh ang dok buat pala pa tu baq ang?".  Negeri Sembilan pula "ekau jangan macam-macam daro. ekau nak poie mano tu haa?". Dan berlainan pula dengan negeri-negeri di Pantai Timur.  Contohnya seperti Kelantan "sekk kito jange pecah belakeeee!". Semuanya ada gaya tersendiri. Ada cara masing-masing untuk berkomunikasi sesama mereka.


Tapi ..... AWAAASS!!


Pernah tengok loghat orang Kuala Lumpur? Gaya macam angkuh bukan bila sebut Ku-A-La Lu-M-Pur tu? Memang angkuh. Memang kena dengan gaya lagak orang-orangnya. Cuba perhatikan betul-betul gaya depa bercakap , berkomunikasi mahupun ketika membayar duit syiling untuk menggunakan tandas awam. Semuanya tampak seperti kewl , o-sem dan gojes. Tak kiralah si lelakinya kah atau si perempuannya kah. Semuanya sama. Sama sama sama dan sama. Gayanya seperti dibuat-buat. Untuk menarik perhatian (agaknya) atau memang dilahirkan sebegitu rupa?


...dipendekkan cerita

Gaya mereka ni bercakap nampak seperti mengikut peredaran semasa atau trend (la konon).
Contoh kecil seperti ketika perkataan 'bro' mula-mula 'menerjah' pasaran , semuanya nak ber-bro bro.

"ehhh bro,ko watperrr tu bro? lepak dulu bro..." 

Ada saja bro-bro tu. Tak lekang dek mulut. Itu baru bercakap tentang bro. Belum masuk yang lain pula. Takyah cerita la. Rasanya semua dah tau tentang derr , dowh , bhai , kimak dan perkataan-perkataan bodoh yang lain. Terlalu berdosa untuk sebutkan yang lain.

Aku rasa seperti cacat yang amat sangat bila lepak dengan budak-budak Kuala Lumpur (xtau la samada true Kuala Lumpur ataupun buat-buat). Dari segi percakapan depa hinggalah lawak-lawak depa yang sememangnya bodoh ya amat (mat-mat Kuala Lumpur yang rasa dirinya tak bodoh jangan sebok-sebok nak terasa). Aku dapat rasakan yang lawak-lawak yang depa buat tu memang tak lawak langsung. Memang sangat-sangat tak lawak pun. Aku gelak pun sebab tergelak dengan lawak-lawak bodoh tu. Aku taktau mana lawaknya lawak depa tu. Nak tengok lawak yang macam mana? Ha macam ni ...


"wehh semalam aku hisap gam pastu kantoi dengan mak aku la siaalll...." kah kahh kahhh kaahhhh
(diri sendiri gelak sambil disusuli oleh gelak tawa kawan-kawan se-Kuala Lumpurnya).

Tak cukup lawak lagi? Nak lagi? Cuba yang ni pula....


"gua raser gua nak mabuk la malam ni. tapi mabuk laut je la. kat Jalan Raja Laut" kahh kahh kahhh
(1 lagi gelak besar bersama kawan-kawan se-Kuala Lumpur yang turut sama bodoh)


Dah la cakap pasal mat-mat Kuala Lumpur ni. Naik menyampah.



p/s: patut la rancangan Raja Lawak tak pernah ada wakil dari Kuala Lumpur.

2 comments:

  1. Kalau hang berbakat dalam buat lawak versi Kuala Lumpur , ujibakat tu dibuka bila-bila masa ja.

    ReplyDelete